Solusi Digital Yang Dibina Untuk Matlamat Sebenar Bisnes

Sama ada anda mahu nampak lebih profesional, mendapatkan lebih banyak lead, menjual secara online atau mengurangkan kerja manual – Team ADMS membantu dari strategi hingga pelaksanaan teknikal.

Pilih servis berdasarkan masalah yang anda mahu selesaikan

Setiap servis mempunyai objektif, deliverables dan tahap teknikal yang berbeza. ADMS akan mencadangkan struktur paling praktikal mengikut tahap bisnes anda.

Untuk syarikat, SME & servis profesional

Business & Corporate Website

Website profesional untuk memperkenalkan syarikat, menerangkan servis dan membina keyakinan sebelum pelanggan menghubungi anda.

Untuk iklan, produk tunggal & lead generation

Sales Page & Landing Page

Halaman khusus yang menyusun copy, visual, social proof dan CTA untuk membawa pelawat kepada WhatsApp, form atau checkout.

Untuk penjual produk fizikal & digital

E-Commerce Website

Kedai online yang membolehkan pelanggan melihat produk, membuat pembayaran dan menerima status order tanpa bergantung sepenuhnya pada chat manual.

Untuk workflow khusus & kerja manual berulang

Custom Web System & Automation

Sistem khas yang dibina mengikut proses kerja seperti pengurusan client, tempahan, penghantaran laporan, dashboard, borang dan notifikasi.

Untuk bisnes yang mahu trafik & kempen

Facebook Ads & Creative Marketing

Setup kempen, creative dan funnel asas untuk membawa audiens yang sesuai ke landing page, WhatsApp atau kedai online anda.

Untuk website sedia ada

Hosting, Maintenance & Technical Support

Penjagaan teknikal untuk memastikan website dikemas kini, mempunyai backup dan mendapat bantuan apabila berlaku masalah.

Termasuk dalam projek

Asas penting yang menjadikan website lebih lengkap dan mudah digunakan.

Elemen di bawah bukan kategori servis berasingan. Ia dimasukkan atau dicadangkan mengikut jenis pakej dan keperluan projek.

 

Responsive Design

Layout disesuaikan untuk telefon, tablet dan desktop supaya maklumat kekal jelas pada setiap skrin.

Content Structure

Heading, penerangan dan CTA disusun supaya pelawat mudah memahami tawaran dan langkah seterusnya.

Basic SEO Setup

Title, heading, meta, alt text dan struktur asas disediakan untuk membantu indexing enjin carian.

Domain & Hosting Setup

Domain, SSL dan hosting disediakan atau dikonfigurasi berdasarkan pakej yang dipersetujui.

Launch Support

Website diuji sebelum dilancarkan dan panduan asas diberikan untuk pengurusan selepas siap.

WhatsApp Integration

Butang dan mesej WhatsApp boleh dipre-fill mengikut halaman, produk atau servis yang dipilih.

Nota: Skop tepat seperti full copywriting, premium plugin, product upload, payment gateway dan maintenance bergantung pada pakej atau quotation projek.
Proses kerja

Daripada idea kepada website live dalam empat fasa yang jelas.

01

Audit & Consultation

Kami fahami bisnes, target audience, objektif dan fungsi yang diperlukan.

02

Content & Wireframe

Struktur halaman, mesej utama, CTA dan keutamaan kandungan disusun dahulu.

03

Design & Development

Website dibina secara responsive, dikemas dan diuji pada desktop serta telefon.

04

Launch & Support

Domain, hosting, tracking dan basic SEO disemak sebelum website dilancarkan.

Scroll to Top