terma perkhidmatan pembangunan website & Services

ADM Smart Digital Solutions
Terma & Syarat Perkhidmatan

1. Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan pembangunan website merangkumi pakej yang dipersetujui seperti:

  • Rekabentuk dan pembangunan website
  • Setup domain & hosting (jika termasuk dalam pakej)
  • Mobile responsive design
  • Integrasi WhatsApp
  • Integrasi Google Maps
  • Basic SEO setup
  • Integrasi analytics/pixel (jika dipersetujui)
  • Setup produk / form / basic functionality mengikut pakej

Sebarang fungsi tambahan di luar skop asal akan dikenakan caj tambahan.

2. Proses Kerja

Proses pembangunan website adalah seperti berikut:

Fasa 1 – Pengesahan Tempahan

  • Deposit/pembayaran dibuat.
  • Client perlu lengkapkan maklumat briefing.

Fasa 2 – Penghantaran Bahan

Client perlu menyediakan:

  • Logo (jika ada)
  • Gambar produk/perkhidmatan
  • Maklumat syarikat
  • Copywriting/teks (jika ada)
  • Maklumat contact & social media

Kelewatan penghantaran bahan akan mempengaruhi tempoh siap projek.

Fasa 3 – Rekabentuk & Development

  • Mockup/design asas disediakan.
  • Website dibangunkan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Fasa 4 – Semakan (Revision)

Client dibenarkan membuat semakan/revision berdasarkan pakej:

One Page Website

  • Maksimum 2 kali revision minor

Ecommerce / Multi Page Website

  • Maksimum 3 kali revision minor

Revision minor termasuk:

  • Tukar teks
  • Tukar gambar
  • Susunan kecil section
  • Pembetulan kecil design

Revision major tidak termasuk, seperti:

  • Tukar keseluruhan design
  • Tukar konsep website
  • Tukar struktur besar selepas development siap

Revision major boleh dikenakan caj tambahan.

3. Tempoh Siap Projek

Anggaran tempoh siap:

One Page Website

3 – 10 hari bekerja

Ecommerce / Corporate Website

7 – 21 hari bekerja

Bergantung kepada:

  • Kerjasama client
  • Kelajuan respon
  • Kelengkapan bahan
  • Tahap complexity projek

4. Pembayaran

 

4.1 Deposit

Deposit 50% diperlukan sebelum kerja dimulakan. Baki pembayaran perlu diselesaikan sebelum website dipublish/live.

Deposit adalah komitmen tempahan projek dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable), terutamanya sekiranya telah digunakan untuk pembelian domain, hosting, plugin, servis pihak ketiga atau kerja development yang telah dimulakan.

Website boleh ditangguhkan atau tidak diserahkan sepenuhnya sekiranya pembayaran belum dijelaskan.

5. Domain & Hosting

Jika pakej termasuk domain dan hosting:

5.1 Domain & Hosting Percuma Tahun Pertama

  • Domain & hosting ditanggung selama 1 tahun pertama sahaja.
  • Renewal tahun berikutnya akan dikenakan caj.

5.2 Pembaharuan (Renewal)

Client bertanggungjawab untuk membuat renewal tahunan bagi:

  • Domain
  • Hosting
  • SSL

Sekiranya domain atau hosting tamat tempoh/tidak diperbaharui, website tidak dapat diakses. Website hanya aktif selagi domain dan hosting diperbaharui.

5.3 Polisi Domain, Hosting & Pertukaran Provider

Pemilihan domain dan hosting akan dibuat berdasarkan pakej atau persetujuan awal bersama client.

Setelah domain dan hosting dibeli, ditempah atau diaktifkan, sebarang pertukaran provider, pembatalan atau perubahan pilihan adalah tertakluk kepada polisi provider berkaitan dan kebiasaannya tidak boleh dipulangkan (non-refundable).

Sekiranya client meminta pertukaran provider selepas pembelian dibuat, segala kos pembelian baharu, migration, setup semula atau kerja teknikal tambahan adalah tanggungjawab client sepenuhnya.

Pembayaran deposit yang telah digunakan untuk pembelian domain, hosting atau servis pihak ketiga tidak boleh dituntut semula.

5.4 Pertukaran Hosting / Domain / Server

Sebarang permintaan pertukaran hosting, domain provider, server migration atau pemindahan website ke platform lain selepas pembangunan bermula atau selepas website siap boleh dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap kerja teknikal yang terlibat.

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang downtime, kehilangan data, incompatibility plugin, perubahan setting email atau isu teknikal akibat perpindahan hosting/domain oleh pihak client atau provider pihak ketiga.

6. Hak Milik Website

Selepas bayaran penuh dibuat:

Client mempunyai hak penggunaan website.

Namun:

  • Source/license premium plugin tertentu kekal milik developer (jika menggunakan developer license).
  • Pengubahsuaian teknikal tertentu mungkin memerlukan bantuan developer.

7. Kandungan Website

Client bertanggungjawab terhadap:

  • Ketepatan maklumat
  • Kandungan teks
  • Gambar
  • Hak cipta bahan yang diberikan

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap tuntutan hak cipta daripada bahan yang diberikan oleh client.

8. Pematuhan Kandungan, Produk & Polisi

Client bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua produk, servis, kandungan dan maklumat yang digunakan di dalam website adalah benar, sah dan mematuhi undang-undang serta polisi platform yang berkaitan.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Produk atau servis yang ditawarkan
  2. Claim atau dakwaan berkaitan produk
  3. Copywriting dan bahan pemasaran
  4. Testimoni dan review pelanggan
  5. Gambar, video, logo dan bahan visual
  6. Harga, promosi dan tawaran
  7. Lesen, permit, pendaftaran atau kelulusan yang diperlukan

Pihak kami membina website berdasarkan maklumat, bahan dan arahan yang diberikan oleh client dan tidak bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu produk, servis, claim atau kandungan tersebut dibenarkan oleh mana-mana platform pengiklanan atau pihak berkuasa.

Client bertanggungjawab untuk membuat semakan dan revision terhadap kandungan website mengikut kesesuaian produk atau servis masing-masing sebelum menjalankan sebarang aktiviti pemasaran atau pengiklanan.

9. Sokongan Teknikal

Selepas website siap:

9.1 Sokongan Asas (Termasuk Dalam Pakej)

Sokongan asas diberikan selama 7–30 hari (bergantung pakej) selepas website diserahkan.

Meliputi:

  1. Pembetulan bug/error teknikal berpunca daripada pembangunan asal
  2. Fungsi website yang tidak berjalan seperti dipersetujui
  3. Pembetulan kecil berkaitan setting asal website
  4. Bantuan asas penggunaan website

Tidak termasuk:

  1. Penambahan section baru
  2. Design baru atau ubah layout besar
  3. Tambah fungsi/plugin baru
  4. Upload content berterusan
  5. SEO tambahan
  6. Perubahan copywriting
  7. Setup iklan, pixel atau integration baharu
  8. Troubleshoot masalah server/provider pihak ketiga

9.2 Technical Support / Maintenance (Berbayar)

Sebarang kerja selepas tempoh sokongan asas atau kerja di luar skop asal akan dikategorikan sebagai servis support tambahan dan mungkin dikenakan caj.

Contoh termasuk:

  • Kemaskini content/gambar
  • Tambah produk baru
  • Edit design
  • Troubleshoot hosting/server
  • Website migration
  • Speed optimization
  • Backup & restore
  • Plugin troubleshooting
  • Security monitoring
  • Technical troubleshooting

Boleh subscribe Technical Support Plan untuk maintenance bulanan.

10. Pembatalan Projek

Sekiranya client membatalkan projek:

  • Deposit tidak boleh dipulangkan
  • Kerja yang telah dilakukan akan dikira sebagai kos masa & development

11. Client Senyap Terlalu Lama

Sekiranya tiada maklum balas daripada client melebihi 14 hari, projek dianggap on hold. Selepas tempoh tersebut, caj reactivation atau revision semula mungkin dikenakan.

12. Backup Website

Backup asas dibuat semasa development. Namun client digalakkan mempunyai backup sendiri. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan data akibat server issue, plugin conflict atau faktor pihak ketiga.

13. Third Party Integration

Sebarang integrasi pihak ketiga seperti payment gateway, API, WhatsApp, Facebook Pixel, Google Analytics, plugin atau servis luaran adalah tertakluk kepada polisi dan perubahan pihak ketiga tersebut.

*14. Advertising Platform, Rejection, Restriction & Account Ban

Pihak kami tidak menjamin bahawa website, landing page, domain, produk, servis atau kandungan client akan diluluskan oleh mana-mana platform pengiklanan.

Client memahami bahawa setiap platform mempunyai polisi, sistem semakan dan algoritma tersendiri yang boleh berubah dari semasa ke semasa.

Antara platform yang dimaksudkan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Meta Ads (Facebook & Instagram)
  • Google Ads
  • TikTok Ads
  • Shopee Ads
  • Platform advertising atau marketplace lain

Sekiranya website, domain, landing page, produk, iklan atau akaun client mengalami:

  1. Ad rejection
  2. Account restriction
  3.  Account suspension
  4. Domain restriction
  5. Website / landing page rejection
  6. Advertising ban
  7. Blacklisting
  8. Sebarang tindakan lain daripada platform pihak ketiga

perkara tersebut adalah di luar kawalan dan bukan merupakan tanggungjawab pihak kami, selagi website telah dibangunkan berdasarkan skop dan maklumat yang diberikan oleh client.

Client bertanggungjawab memastikan produk, servis, claim dan kandungan website mematuhi polisi platform pengiklanan yang digunakan.

Sekiranya berlaku rejection, restriction atau ban akibat kandungan, produk, servis, claim atau faktor lain yang berkaitan dengan perniagaan client, client perlu membuat semakan dan revision terhadap website serta bahan pemasaran mengikut polisi platform berkenaan.

Pihak kami boleh membantu membuat modification atau revision terhadap website sekiranya diperlukan. Sebarang kerja yang berada di luar skop revision asal boleh dikenakan caj tambahan.

Pihak kami juga tidak menjamin bahawa sebarang modification yang dibuat akan menyebabkan iklan atau akaun client diluluskan semula kerana keputusan tersebut adalah sepenuhnya di bawah kawalan platform pihak ketiga.

15. Portfolio

Pihak kami berhak menggunakan website yang telah siap sebagai bahan portfolio, melainkan dimaklumkan awal oleh client.

16. Warranty, Third-Party & System Dependency

Pihak kami hanya bertanggungjawab terhadap fungsi dan kod website yang dibangunkan secara langsung oleh pihak kami dalam tempoh sokongan yang dinyatakan.

16.1 Termasuk Dalam Tanggungjawab Kami

  1. Bug atau error yang berpunca daripada coding atau konfigurasi website asal
  2. Fungsi utama website tidak berjalan seperti spesifikasi asal
  3. Kesilapan layout atau struktur yang berpunca daripada pembangunan kami

16.2 Tidak Termasuk Tanggungjawab Kami (Third-Party Dependency)

Sebarang isu yang berpunca daripada sistem pihak ketiga adalah di luar kawalan kami, termasuk:

  1. Hosting provider (server down, CPU limit, downtime, email hosting issue)
  2. Domain & DNS (propagation delay, expired domain, DNS misconfiguration oleh provider)
  3. Plugin pihak ketiga (bug, update error, conflict, license issue)
  4. Payment gateway (FPX, Stripe, Billplz, PayPal, bank integration failure)
  5. API & external services (WhatsApp API, Meta/Facebook Pixel, Google services)
  6. Theme/framework luar (WordPress theme update, builder plugin seperti Elementor)
  7. Security plugin atau firewall blocking access

16.3 Bantuan Tambahan

Sebarang troubleshooting atau pembaikan bagi isu di luar skop pembangunan asal boleh diberikan sebagai servis tambahan dan tertakluk kepada caj teknikal mengikut tahap masalah.

Pihak kami akan memberikan bantuan terbaik, namun tidak bertanggungjawab terhadap kestabilan, perubahan polisi atau gangguan sistem pihak ketiga tersebut.

17. Persetujuan

Dengan membuat pembayaran, client dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma perkhidmatan ini termasuk skop kerja, polisi revision, pembayaran, third-party dependency, pematuhan polisi platform serta tanggungjawab client terhadap produk, servis dan kandungan yang digunakan.

Client mengakui bahawa pihak kami tidak menjamin kelulusan atau penerimaan website, produk, servis atau iklan oleh mana-mana platform pihak ketiga.

Updated : 01 July 2026

Client Agreement + Project Intake + Legal Acknowledgement

SECTION A — CLIENT INFO


SECTION B — PROJECT DETAILS


SECTION C — CONTENT UPLOAD


SECTION D — DOMAIN & HOSTING


SECTION E — TERMS & LIMITATION AGREEMENT


SECTION F — PAYMENT CONFIRMATION


SECTION G — FINAL CONFIRMATION

Dengan menaip nama penuh, anda mengesahkan persetujuan terhadap terma perkhidmatan ini.


Scroll to Top